Foto Lesen Pemandu Malaysia

Tukar gambar lesen memandu anda kepada saiz yang betul dalam beberapa saat!

Malaysia

How Does AiPassportPhotos Work?

  • Muat naik imej

  • Saiz tanaman secara automatik

  • Simpan templat boleh cetak

  • Potong dan gunakannya

Proven Compliance-Guaranteed Photos

  • icon

    AI Facial Detection Without Delay

  • icon

    Fulfillment for Different Biometric Photos

  • icon

    Instant Photo Processing and Qualified Results

Get the Best Deal

Berkaitan Dokumen

Ingin mengadakan berjalan dengan memandu sendiri bersama keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu dengan selesa di samping menerokai pemandangan indah di Malaysia? Anda perlulah memiliki lesen memandu untuk membuktikan kelayakan anda untuk memandu. Oleh itu, adalah amat penting bagi anda untuk mendapatkan lesen memandu di Malaysia. Negara ini telah menetapkan beberapa jenis lesen memandu termasuk:

  • Lesen Memandu Pelajar (LDL).
  • Lesen Memandu Percubaan (PDL).
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL).
  • Lesen Memandu Vokasional (VDL) atau Lesen Memandu Komersial.
  • Permit Memandu Antarabangsa (IDP).
  • Permohonan Lesen Memandu OKU untuk Kelas A dan Kelas A1.

Jika anda ingin mengetahui klasifikasi dan definisi terperinci bagi setiap jenis, anda boleh pergi ke

https://www.mot.gov.my/en/land/operators/driving-licenses.

Tidak kira mana-mana jenis pun yang anda mohon, anda perlulah menghantar gambar biometrik berpiawaian untuk lesen memandu anda. Lesen memandu adalah bermanfaat jika anda ingin tinggal dan memandu di negara ini untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, mari lihat bagaimana anda boleh dapatkan gambar biometrik yang sempurna untuk lesen memandu anda di Malaysia.

Keperluan Asas Gambar Lesen Memandu Malaysia

Mendapatkan gambar lesen memandu yang berpiawaian boleh menjadi tugas yang susah dan mencabar bagi anda. Jika anda mengetahui beberapa taktik mengenai gambar lesen memandu Malaysia, adalah menarik bahawa anda boleh melalui proses permohonan yang mudah.

  • Saiz gambar yang dihendaki ialah berlebar 25 mm dengan ketinggian 32 mm.
  • Gambar mestilah asli, tanpa sebarang pengubahan.
  • Kedudukan kepala dan gaya yang betul. Gambar yang mematuhi piawaian gambar lesen memandu Malaysia memerlukan ketinggian kepala kira-kira 23 mm. Jarak daripada bahagian atas gambar ke bahagian atas rambut mestilah 2 mm.
  • Gambar mestilah berkualiti baik, tanpa penggelapan, kurang dedahan atau dedahan lampau.
  • Gambar itu mestilah mencerminkan penampilan semasa anda, jadi anda hendaklah mengambil gambar anda tidak lebih daripada enam bulan sebelum anda memohon. Hal yang sama mungkin berlaku semasa anda ingin memperbaharu dokumen lesen memandu anda.
  • Jika anda memilih permohonan atau pembaharuan gambar lesen memandu Malaysia secara dalam talian, anda perlulah mendapatkan versi digital dalam resolusi yang betul: 600 dpi. Jika tidak, penyerahan dalam talian anda mungkin ditolak.

Mari lihat beberapa maklumat terperinci mengenai gambar lesen memandu Malaysia di bahagian berikut.

Warna Latar Belakang Gambar Lesen Memandu Malaysia

Jika anda pernah mengambil gambar biometrik untuk dokumen rasmi di studio gambar profesional, anda seharusnya telah menyedari bahawa warna tirai latar belakang yang berbeza akan ditawarkan kepada anda mengikut jenis dokumen anda. Untuk gambar lesen memandu Malaysia, latar belakang berwarna putih metah sahaja yang diinginkan. Oleh itu, anda hendaklah mendapatkan latar belakang yang betul telebih dahulu.

Jika anda merancang untuk mengambil gambar di rumah, anda perlulah mengambil syot itu pada dinding putih, atau anda perlulah menutup latar belakang yang berwarna dengan selimut putih. Masih susah untuk dapatkan warna latar belakang yang tepat? Alat pembuang latar belakang dalam talian dapat membantu anda melakukannya dengan membuang dan menukar warna latar belakang untuk anda dengan bijak dalam beberapa klik.

Kod Pakaian untuk Gambar Lesen Memandu Malaysia

Gambar biometrik berpiawaian perlulah dgunakan untuk pengesahan identiti yang pantas, jadi pemohon hendaklah jelas dan berbeza daripada latar belakang. Oleh sebab lata belakng kosong diperlukan untuk gambar lesen memandu di Malaysia, anda disarankan untuk memilih pakaian yang berwarna gelap, yang dapat membezakan anda daripada latar belakang. Warna yang cerah mungkin mudah disamakan dengan latar belakang yang cerah. Oleh itu, anda hendaklah memlih pakaian berwarna gelap.

Selain itu, jangan lupa untuk berpakaian sopan, iaitu pakaian yang menutup bahu anda. Elakkan baju bahu terbelah atau apa-apa fesyen yang mendedahkan dada.

Pakaian yang perlu dikecualikan: pakaian seragam atau pakaian tentera, pakaian tidak menutup bahu seperti baju sangkut leher, dsb.

Penutup Kepala untuk Gambar Lesen Memandu Malaysia

Lazimnya, sebarang penutup kepala yang mungkin menutupi garis kepala hendaklah dielakkan dalam gambar biometrik. Tudung atau tudung agama lain boleh dibenarkan, tetapi mereka tidak boleh menutup muka bujur muka anda. Tudung kepala yang diperlukan hendaklah dalam warna gelap.

Gaya dan Raut Muka dalam Gambar Lesen Memandu Malaysia

Gambar biometrik boleh digunakan untuk pengesahan identiti pantas berdasarkan jarak mata, hidung dan mulut. Oleh itu, anda hendaklah memastikan anda telah menuruti gaya dan raut muka yang ditetapkan semasa anda mengambil gambar.

Pertama sekali, anda perlu duduk atau berdiri tegak, pastikan kepala anda juga lurus. Mata anda hendaklah dibuka dan memandang tepat ke arah kamera. Di samping itu, anda harus menutup mulut anda. Oleh itu, anda tidak boleh tersenyih. Jika anda tidak mahu kelihatan tegas, anda boleh senyum sedikit sahaja tanpa menampakkan gigi.

Cermin Mata dalam Gambar Lesen Memandu

Anda nampak sangat bergaya dengan cermin mata hitam dalam gambar anda? Maaf, anda tidak boleh memakai cermin mata berwarna termasuklah cermin mata hitam dalam gambar. Cermin mata berpreskripsi dibenarkan jika ia tidak menutup atau menghalang mata anda. Sebenarnya, anda mungkin berisiko mengalami silau, pantulan atau bayang-bayang apabila mengambil gambar dengan cermin mata. Oleh itu, mengambil gambar tanpa memakai cermin mata adalah disarankan, dan anda tidak perlu risau permohonan anda mungkin ditolak atas sebab cermin mata.

Bagaimana untuk Mendapatkan Gambar Lesen Memandu Malaysia Anda di Rumah?

Mengambil gambar di studio gambar profesional bukan lagi satu-satunya pilihan untuk anda. Menggunakan peranti mudah alih atau kamera anda untuk mengambil gambar boleh menjadi satu alternatif. Sehubungan dengan itu, anda perlulah mengambil gambar lesen memandu anda di rumah dengan peralatan anda dengan mematuhi empat langkah berikut:

  • Ambil gambar dalam cahaya seragam, sebaik-baiknya pada waktu siang.
  • Kekalkan jarak yang bersesuai dari kamera. (Jaraknya mungkin 1.5-2 meter). Letakkan kanta pada paras muka anda. Peringatan: anda boleh menyediakan tripod untuk mengambil gambar atau mendapatkan bantuan daripada keluarga dan rakan anda.
  • Lihat tepat ke arah kanta, mengekalkan raut muka yang semula jadi.
  • Kekalkan kedudukan yang santai.

Anda boleh mengambil seberapa banyak syot yang anda mahu, dan pilihlah syot terbaik untuk dimuat naik pada perkhidmatan berasaskan web kami. Kemudian, AiPassportPhotos akan melaraskan saiz dan latar belakang untuk anda dengan bijak. Selain itu, anda tidak perlu bersusah payah mencari cara untuk mengesahkan gambar. Alat serba boleh ini boleh menyemak pematuhan gambar anda. Hasil akhirnya pasti memuaskan, sempurna dan berpiawaian.

Beberapa Kesilapan Umum Yang Perlu Anda Ambil Perhatian

Kemunculan pembuat gambar lesen memandu Malaysia sememangnya menggalakkan orang ramai dalam jumlah yang semakin meningkat untuk mengambil gambar biometrik di rumah. Walau bagaimanapun, anda harus peka terhadap beberapa kesilapan umum semasa mengambil gambar lesen memandu di rumah sendiri:

  • Menggunakan swafoto sebagai gambar biometrik anda.
  • Menggunakan penyaring dalam gambar.
  • Gambar telah diubah menggunakan program penyuntingan komputer.
  • Pencahayaan yang tidak sama rata pada muka anda.
  • Memilih gambar berkualiti rendah.
  • Latar belakang mempunyai corak atau kecacatan.
  • Terdapat beberapa objek selain daripada anda dalam gambar.
  • Solekan tebal yang mungkin menggagalkan pengecaman penampilan anda. (Solekan sederhana tidak akan menyebabkan penolakan)

Senarai di atas ialah beberapa ralat umum yang perlu anda hindari.

Apakah Manfaat AiPassportPhotos untuk Anda?

Dalam bahagian rumusan, mari kita lihat dengan lebih mendalam tentang penjana gambar lesen memandu dalam talian ini dan fahami beberapa sebab anda perlu memilih alat ini!

  • Kepuasan mencuba berkali-kali untuk menyesuaikan dengan gambar biometrik anda. Perkhidmatan berasaskan web kami menyediakan pelbagai jenis dokumen berdasarkan negara-negara yang berbeza, anda boleh menangani isu gambar biometrik yang berbeza dengan alat hentian semua dalam satu ini.
  • Pelan penjimatan wang dan penjimatan masa untuk anda. Anda boleh mendapatkan gambar yang 100% mematuhi keperluan dalam versi digital dan cetakan. Hal ini ialah pilihan yang mampu milik kerana anda dapat mencetak gambar anda di kedai. Selain itu, anda tidak perlu beratur berjam-jam untuk perkhidmatan reruai gambar.
  • Dapatkan gambar terbaik anda dengan beberapa klik sahaja. Anda boleh memilih jenis dokumen pada laman web dan biarkan alat menyediakannnya dengan bijak untuk anda. Penampilan terbaik anda boleh tersedia dengan beberapa klik sahaja.
  • Tiada lagi kerja berlebihan dan mengulangi proses permohonan. Gambar biometrik anda terjamin 100% mematuhi piawaian kerajaan. Oleh itu, anda tidak akan ditolak kerana gambar biometrik yang tidak betul.
Last updated: - -

Was this information helpful?

  • icon-star
  • icon-star
  • icon-star
  • icon-star
  • icon-star

Rating: 4.71 - number of votes: 0